MAKLUMAN TERKINI
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I : 2025/2026
TAHNIAH! di atas kejayaan saudara/i yang telah ditawarkan pengajian di Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL). PMKL merupakan salah satu politeknik di Malaysia yang bernaung dibawah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh terkini pendaftaran pelajar baharu PMKL bagi Sesi I: 2025/2026 mengikut program seperti berikut:
Program |
Tarikh Pendaftaran |
Masa Pendaftaran |
Taklimat Am (Ibu/Bapa/Penjaga) |
Diploma Teknologi Maklumat (DIT) |
28 Julai 2025 (Isnin) |
9.00 pagi – 11.00 pagi |
10.00 pagi –11.00 pagi |
Diploma Pengurusan Hotel (DHM) |
11.00 pagi – 1.00 tengah hari |
12.00 tengah hari – 1.00 tengah hari |
|
Diploma in Retail Operations Management (DRO) |
2.00 petang – 4.00 petang |
3.00 petang –4.00 petang |
Maklumat dan Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi l : 2025/2026 yang mengandungi prosedur pendaftaran, amaun dan kaedah bayaran yuran, maklumat pendaftaran terperinci serta cadangan senarai rumah sewa sekitar politeknik akan dimuat naik di portal rasmi Politeknik METrO Kuala Lumpur di https://pmkl.mypolycc.edu.my selewat-lewatnya pada 28 Jun 2025 (Sabtu).
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pendaftaran atau penawaran kemasukan program pengajian boleh berhubung Unit Hal Ehwal Pelajar PMKL di talian 03 -42518000/03-42514631 atau emelkan pertanyaan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Harap maklum. Terima kasih.
Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Pengambilan & Data PMKL