MAKLUMAN TERKINI

 

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II: 2026/2027

 

TAHNIAH! di atas kejayaan saudara/i yang telah ditawarkan pengajian di Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL). PMKL merupakan salah satu politeknik di Malaysia yang bernaung dibawah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

 

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh terkini pendaftaran pelajar baharu PMKL bagi Sesi II: 2026/2027 mengikut program seperti berikut:

Program

Tarikh

Pendaftaran

Masa

Pendaftaran

 

Diploma Pengurusan Hotel

(DHM)

  23 November 2026  

(Isnin)

9.00 pagi –

11.00 pagi

Diploma Teknologi Maklumat

(DIT)

11.00 pagi –

  1.00 tengah hari  

Diploma in Retail Operations

Management (DRO)

2.00 petang –

4.00 petang

 

Maklumat dan Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi lI: 2026/2027 yang mengandungi prosedur pendaftaran, amaun dan kaedah bayaran yuran dan maklumat pendaftaran terperinci akan dimuat naik di portal rasmi Politeknik METrO Kuala Lumpur di https://pmkl.mypolycc.edu.my selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2026 (selepas 5.00 petang).

Dilampirkan juga cadangan senarai rumah sewa di sekitar politeknik kepada pelajar baharu yang memerlukan : KLIK DISINI

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pendaftaran atau penawaran kemasukan program pengajian boleh berhubung Unit Hal Ehwal Pelajar PMKL di talian 03-42518000 / 03-42514631 atau emelkan pertanyaan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 

Harap maklum. Terima kasih.

Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Pengambilan & Data PMKL