PENGENALAN
Unit Peperiksaan (UPEP) bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berkaitan peperiksaan akhir semester di Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL). Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berhubung peperiksaan akhir di politeknik mengikut peruntukan dan garis panduan seperti yang terkandung di dalam Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik Kementerian PendidikanTinggi Malaysia (KPT).
Jawatankuasa Peperiksaan PMKL terdiri daripada Pengarah (Pengerusi), Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan (Akademik), Ketua Unit Peperiksaan, Pegawai Peperiksaan (Setiausaha), Ketua-Ketua Program Akademik dan Sokongan serta pegawai yang dilantik oleh Pengarah.
OBJEKTIF
• Menyiapkan kertas peperiksaan satu (1) minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.
• Memproses keputusan peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.
• Menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian satu (1) minggu sebelum majlis konvokesyen
AKTIVITI-AKTIVITI UNIT PEPERIKSAAN
• Urusan Penyediaan Kertas Peperiksaan
• Urusan perlaksanaan Peperiksaan Akhir
• Urusan Pemprosesan Keputusan Penilaian
• Urusan Pensijilan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar
• Urusan Penguatkuasaan Peraturan Penilaian
• Urusan Pentadbiran Unit Peperiksaan
ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN
ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN (EDISI PERTAMA:2025) BAGI PROGRAM SIJIL/DIPLOM
Maklumat AM Peperiksaan
Syarat Layak Menduduki Peperiksaan Akhir
Mendaftar pengajian pada sesi semasa
- Mendaftar kursus pada sesi semasa
- Peratus kehadiran minimum ialah 80% kuliah/tutorial/amali
- Lulus Pentaksiran Berterusan (PB) minimum 40% bagi kursus yang mempunyai komponen Peperiksaan Akhir.
Sekiranya pelajar tidak layak menduduki peperiksaan akhir disebabkan oleh kehadiran kurang dari 80%, maka keseluruhan penilaian pelajar tersebut akan terbatal dan diberi Gred F dengan Nilai Mata 0.00 bagi kursus yang berkenaan.
Sekiranya pelajar tidak layak menduduki peperiksaan akhir disebabkan markah Penaksiran Berterusan (PB) pelajar kurang dari 40%, markah penilaian berterusan tersebut akan diambil kira dan gred akan diberi mengikut markah yang diperolehi.
- Kehadiran Semasa Peperiksaan Akhir
- Calon hendaklah menduduki peperiksaan akhir pada masa yang ditetapkan bagi kursus-kursus yang terlibat kecuali mendapat kebenaran Pengarah bagi perkara berikut :
- disahkan sakit oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta
- menghadapi kes-kes kecemasan seperti kematian ahli keluarga terdekat, kemalangan,
iii. bencana alam atau kebakaran dengan pengesahan dari pihak berkuasa
- berurusan mana-mana perkara undang-undang dengan pengesahan dari pihak berkuasa
- menyertai aktiviti yang diluluskan oleh Pengarah dengan mengemukakan surat pengesahan daripada pihak penganjur.
- Bagi calon yang tidak hadir peperiksaan akhir dengan kebenaran Pengarah, maka calon akan dibenarkan menduduki Peperiksaan Akhir Khas (PAK) dengan merujuk kepada Bahagian 5 perkara 5.4.1 (ms 21) di buku Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian.
- Manakala bagi calon yang tidak hadir peperiksaan akhir tanpa alasan yang musabah, maka calon tersebut akan diberi Gred F dengan Nilai Mata 0.00 bagi kursus berkenaan. Calon dikira telah mengambil dan gagal kursus berkenaan.
- Kad Pelajar
Calon diingatkan untuk membawa kad pelajar semasa peperiksaan akhir . Kegagalan membawa kad pelajar boleh menyebabkan calon dihalang untuk menduduki peperiksaan akhir.
- Telefon Bimbit dan Alat Elektronik
Calon dilarang menggunakan sebarang alat elektonik dan komunikasi kecuali yang dibenarkan oleh pengawas peperiksaan.
- Keperluan ke Tandas
Calon tidak dibenarkan ke tandas semasa peperiksaan berlangsung. Sekiranya perlu, maka calon dikehendaki mengisi borang pergerakan ke tandas terlebih dahulu. Calon akan diiringi oleh seorang pengawas bertugas ke tandas staf yang berhampiran.
- Pelanggaran Peraturan Am Peperiksaan
- Calon dilarang meniru, cuba tiru atau memberi tiru dengan apa cara jua semasa peperiksaan akhir
- Seseorang pelajar yang di dapati melanggar mana-mana Arahan-Arahan Am Peperiksaan Akhir pada Perkara 3.3.1 dan 3.3.2 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
- amaran, atau
- dimansuhkan markah penilaian bagi kursus berkenaan dan diberikan Gred F dengan Nilai Mata 0.00.
- Syarat Lulus Kursus
- Pelajar mesti lulus kedua-dua Pentaksiran Berterusan (PB) dan Peperiksaan Akhir / Pentaksiran Akhir (PA) bagi setiap kursus.
- Markah lulus adalah seperti berikut :
- Pentaksiran Berterusan = 40%
- Pentaksiran Akhir – 40%
iii. Peperiksaan Akhir = 20% (kecuali bagi program-program tertentu mengikut keperluan badan akreditasi)
- Penilaian Khas (PK)
Penilaian Khas (PK) adalah satu bentuk penilaian yanya dibenarkan kepada pelajar yang telah mengambil SEMUA KURSUS bagi sesuatu program tidak termasuk Latihan Industri atau Work Based Learning yang memenuhi syarat-syarat seperti di Perkara 5,4.2 (i) di dalam Buku Arahan Peperiksaan dan Penilaian.
- Syarat Layak Meneruskan Pengajian
Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB) dan kedudukan Bersyarat (KS) adalah layak untuk meneruskan pengajian ke semester berikutnya.
TARIKH KEPUTUSAN RASMI
Tarikh keputusan rasmi Peperiksaan Akhir bagi Sesi I : 2025/2026 adalah pada 02 Januari 2026 bermula pada jam 10.00 pagi.
Keputusan peperiksaan akan dimaklumkan melalui kaedah berikut:-
- Melayari https://pmkl.mypolycc.edu.my/ dengan melayari ke halaman SPMP di alamat http://spmp.pmkl.edu.my dengan memasukkan Nama Pengguna: No. kad pengenalan [Contoh : xxxxxxxxxxxxxx {tanpa tanda sengkang; 920808xxxxxx}] dan katalaluan: No. pendaftaran/ no kad matrik pelajar [Contoh : 28DRO25Fxxxx]
- Unit Peperiksaan PMKL tidak akan mengepos Slip Keputusan Peperiksaan. Pelajar bertanggungjawab untuk mencetak slip keputusan peperiksaan melalui http://spmp.pmkl.edu.my dan membawanya bersama semasa pendaftaran Sesi II: 2025/2026.
Makluman: Cetakan Slip Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi I : 2025/2026 ialah pada 02 Januari 2026 bermula pada jam 10.00 pagi.
- Keputusan Peperiksaan Akhir Semester akan ditahan sekiranya pelajar masih berhutang dengan pihak PMKL. Contohnya Buku Perpustakaan, Wang Kebajikan dan lain-lain.
Jika terdapat sebarang aduan atau pertanyaan, sila hantarkan surat anda kepada :-
Pegawai Peperiksaan
Politeknik METrO Kuala Lumpur,
No 2-14, Jalan Setiawangsa 10,
Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
KES RAYUAN
Seseorang pelajar yang didapati melanggar mana-mana Arahan-Arahan Am Peperiksaan Akhir pada Perkara 3.3.1 dan 3.3.2 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
- amaran; atau
- dimansuhkan markah penilaian dan diberikan Nilai Mata 0.00
Pelajar yang telah dibuktikan meniru, cuba meniru atau memberi tiru akan dimansuhkan markah peperiksaan akhir bagi semua kursus yang diambil pada semester berkenaan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RAYUAN PERMOHONAN TERHADAP KEPUTUSAN PENILAIAN / STATUS GAGAL BERHENTI (GB)
Makluman :
Rayuan pelajar untuk mengubah status peperiksaan tidak akan dipertimbangkan jika pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir atas faktor kehadiran kurang 80% dan senarai pelajar yang memperolehi PB < 40%. Rayuan hanya akan dipertimbangkan bagi pelajar yang ingin menyemak status keputusan Penilaian Akhir (yang tiada Peperiksaan Akhir) atau bagi pelajar yang ingin membuat rayuan terhadap keputusan Gagal Berhenti (GB).
Langkah Permohonan: -
- Permohonan rayuan bagi keputusan penilaian status Gagal Berhenti (GB) dibuka dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir diumumkan iaitu bermula 02 Januari 2026 hingga 15 Januari 2026. Rayuan yang dibuat selepas daripada tempoh tersebut tidak akan dilayan.
- Semua pelajar adalah DIWAJIBKAN UNTUK MEMBUAT BAYARAN MELALUI ONLINE i Payment dan Kiriman Wang TIADA LAGI BAYARAN SECARA TUNAI DITERIMA oleh pihak institusi.
- Pelajar dikehendaki untuk mendaftar sistem iPayment terlebih dahulu (Jika pembayaran menggunakan iPayment)
- Bagi Permohonan Rayuan Keputusan Penilaian / Gagal Berhenti (GB) bayaran sebanyak RM50 hendaklah dibuat melalui iPayment atau Kiriman Wang.
- Pastikan resit pembayaran dicetak dan disertakan bersama borang permohonan rayuan
sebelum dihantar ke Unit Peperiksaan melalui Penasihat Akademik masing-masing.
- Pelajar dikehendaki menggunakan borang yang disediakan dengan memuat turun borang tersebut melalui capaian berikut: Surat Rayuan Keputusan Peperiksaan
https://drive.google.com/file/d/11KJUELCPQmrOD21zTmFeHT66Odh_OXs7/view?usp=drive_link
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Keputusan rasmi permohonan rayuan akan dimaklumkan pada 22 Januari 2026 melalui Ketua Program / Penasihat Akademik masing-masing dan juga melalui surat rasmi ke alamat kediaman pelajar. Keputusan ini adalah tertakluk kepada pertimbangan Ahli Jawatankuasa Peperiksaan PMKL.
- Rujuk Buku Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 1, 2025
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RAYUAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR
Langkah Permohonan: -
- Permohonan rayuan bagi Semakan Semula Skrip Jawapan dibuka dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir diumumkan iaitu bermula 02 Januari 2026 hingga 15 Januari 2026. Rayuan yang dibuat selepas daripada tempoh tersebut tidak akan dilayan.
- Semua pelajar adalah DIWAJIBKAN UNTUK MEMBUAT BAYARAN MELALUI ONLINE iPayment atau KIRIMAN WANG dan TIADA LAGI BAYARAN SECARA TUNAI DITERIMA oleh pihak institusi.
- Pelajar dikehendaki untuk mendaftar sistem iPayment terlebih dahulu (Jika pembayaran menggunakan iPayment)
- Bagi Permohonan Rayuan Semakan Semula Skrip Jawapan bayaran sebanyak RM25 bagi setiap satu kursus hendaklah dibuat melalui iPayment atau Kiriman Wang.
- Pastikan resit pembayaran dicetak dan disertakan bersama borang permohonan rayuan
sebelum dihantar ke Unit Peperiksaan melalui Penasihat Akademik masing-masing.
- Pelajar dikehendaki menggunakan borang yang disediakan dengan memuat turun borang tersebut melalui capaian: Borang Semakan Semula Skrip Jawapan.
https://drive.google.com/file/d/1IutM2YEIQKZLYLhDDRTDVIyHiTXm6vub/view?usp=sharing
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Tarikh keputusan rasmi bagi semakan semula bagi Sesi I: 2025/2026 adalah pada 22 Januari 2026 bermula pada jam 10.00 pagi melalui sistem i-Exam SPMP. Keputusan ini adalah tertakluk kepada pertimbangan Ahli Jawatankuasa Peperiksaan PMKL.
- Rujuk Buku Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 1, 2025