MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU HALUAN SISWA PMKL SESI II:2022/2023
 
Minggu Haluan Siswa PMKL telah berlangsung dengan jayanya. Para pelajar baharu Sesi II:2022/2023 telah didedahkan dengan pelbagai informasi berkaitan pembelajaran dan pengajaran yang bakal ditempuhi sepanjang bergelar siswa/siswi di PMKL pada MHS ini. Diharapkan amanat dan nasihat yang dititipkan oleh Pengarah PMKL; Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim dapat membakar semangat dan memberi dorongan kepada semua pelajar baharu untuk berjaya.