PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP) memainkan peranan penting dalam pengurusan hal ehwal pelajar di Politeknik METrO Kuala Lumpur. UHEP terdiri daripada dua unit utama iaitu Unit Pengambilan dan Data dan Unit Kebajikan & Disiplin (Pembangunan Pelajar). Unit Hal Ehwal Pelajar diterajui oleh seorang Pegawal Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh beberapa orang pegawai lain.

Unit Hal Ehwal Pelajar berfungsi dalam menguruskan pengambilan dan pendaftaran pelajar, simpanan data dan rekod pelajar, kebajikan dan disiplin pelajar. Di samping itu, UHEP juga membantu pelajar dalam menguruskan permohonan pinjaman seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), bantuan kewangan dari institusi zakat serta biasiswa pendidikan.

 

VISI

Menjadi pusat rujukan kemasukan dan pendaftaran pelajar serta pembangunan modal insan.

 

MISI

Mempromosi Politeknik METrO Kuala Lumpur dan menguruskan pendaftaran pelajar serta membangunkan modal insan menjadi modal intelek berketerampilan.

 

PIAGAM PELANGGAN

UHEP PMKL komited memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan mesra pelanggan dalam perkara berikut :-

• Menyebar luas maklumat kemasukan pelajar ke Politeknik METrO Kuala Lumpur.

• Memastikan proses pengambilan pelajar mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta menyelesaikan pendaftaran pada hari pelajar datang mendaftar.

• Menerap kemahiran insaniah melalui program pembangunan modal insan pelajar.

• Memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberi keutamaan.

• Mengambil tindakan terhadap setiap aduan dan memberi maklumbalas terhadap pertanyaan pelajar.