PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat (ICT), adalah di antara unit yang ditubuhkan di Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL). Unit ini mempunyai seorang (1) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang Juruteknik Komputer. Unit Teknologi Maklumat memainkan peranan yang kritikal dan bertanggungjawab ke atas kesemua sistem maklumat dan sistem rangkaian yang terdapat di dalam PMKL.

 

OBJEKTIF

  • Membangun dan menguruskan sistem maklumat yang cekap dan berkualiti
  • Menentukan kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat terjamin
  • Menyediakan kemudahan dan infrastruktur pangkalan data yang berkesan
  • Meningkatkan tahap kesedaran ke arah keberkesanan penggunaan sistem maklumat di kalangan staf Politeknik METrO Kuala Lumpur
  • Menyelanggara Laman Web Politeknik METrO Kuala Lumpur