Unit Psikologi dan Kerjaya
- Details
- Pentadbir_web
- Hits: 899
PENGENALAN
Unit Psikologi dan Kerjaya diwujudkan bertujuan untuk melaksanakan dan memberi perkhidmatan bimbingan psikologi kaunseling yang merangkumi tiga pendekatan :
Pendekatan Krisis
Reaksi kepada situasi kritikal atau hilang kawalan diri dan memerlukan perhatian segera. Kaunselor / Pegawai Psikologi memainkan peranan sebagai perunding atau orang tengah untuk meredakan situasi
Pendekatan Pemulihan
Fokus kekurangan yang dikenalpasti. Penyelesaian dicadangkan atau dilaksanakan bagi mengelak situasi krisis atau potensi dapat dimajukan
Contoh : Sesi kaunseling, terapi dan lain-lain
Pendekatan Pencegahan
Program atau aktiviti dilakukan sebelum masalah muncul. Contoh : Program Psikopendidikan, penyalahgunaan dadah, kesihatan, kesedaran jenayah, alkohol dan lain-lain
Pendekatan Perkembangan
Mengenalpasti kemahiran, potensi dan pengalaman yang diperlukan untuk menggalakkan peningkatan potensi diri dan berjaya dalam hidup
Contoh : Program motivasi, perkembangan kerjaya dan lain-lain. Unit ini juga merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri (Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya)