Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
- Details
- Pentadbir_web
- Hits: 6172
DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL (DHM)
Diploma Pengurusan Hotel adalah bidang yang merangkumi pengajian operasi hotel, pengurusan perkhidmatan dan hospitaliti. Ini adalah salah satu program pendidikan yang dibangunkan berdasarkan kepada badan piawaian kompetensi pelancongan bagi graduan politeknik. Diploma Pengurusan Hotel terdiri daripada operasi hotel, yang memerlukan graduan menunjukkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kebolehan dalam bidang operasi hotel dengan pengetahuan dan kompetensi akademik mereka serta menyediakan
perkhidmatan terbaik kepada tetamu.
Program khas ini direka bentuk untuk menyerupai program latihan praktikal di mana pelajar akan ditempatkan di hotel yang ditetapkan untuk tempoh sepuluh (10) bulan sepanjang tempoh program. Pelajar akan didedahkan dengan amalan kaunter hadapan, pengurusan hotel dan penginapan, pengemasan bilik, perkhidmatan makanan komersil, operasi dapur dan operasi restoran. Kecekapan asas lain seperti asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesional, kemahiran komunikasi, kesihatan dan keselamatan, dan pembangunan keusahawanan turut dimasukkan dalam program ini.
Malaysian Qualifications Agency (MQA)
MQA/FA 8294
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus Matematik
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- DUA (2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/COPTA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
- Lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian di dalam mana-mana matapelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1 |
Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
|
Certificate in Culinary Arts |
|
Certificate in Food & Beverage Service |
|
Certificate In Recreational Tourism |
|
Certificate in Room Division |
|
Sijil Bakeri dan Konfeksionari |
|
Sijil Hotel dan Katering |
|
Sijil Kulinari |
|
Sijil Operasi Perhotelan |
|
Sijil Pastri |
|
Sijil Pengembaraan Pelancongan |
|
Sijil Pengendalian Acara |
2 |
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 |
|
Operasi Khidmat Tetamu (HT-110-3: 2011) |
Prospek Kerja
- Penyelia Kaunter Hadapan
- Penyambut Tetamu
- Pramusaji
- Pembantu Chef
- Penyelia Pengemasan Bilik Hotel
- Pegawai Pemasaran dan Jualan Hotel