PENGENALAN AM

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) PMKL ditubuhkan bagi merancang dan menguruskan program latihan industrI pelajar. UPLI mengadakan siri taklimat kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri dan menempatkan pelajar di firma / syarikat untuk menjalani latihan industri.

UPLI PMKL menyelaras program latihan industri pelajar Diploma Teknologi Maklumat – Teknologi Digital (DDT) bagi Track Game Technology, Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK). UPLI bekerjasama dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) dalam mengatur dan mengendalikan permohonan tempat latihan, mengenalpasti tempat latihan yang sesuai, pemantauan latihan industri dan penilaian latihan industri ketika latihan.

UPLI PMKL juga bertanggung jawab untuk memastikan hubungan 2 (DUA) hala di antara firma / syarikat yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak PMKL sentiasa baik dan berterusan.

 

OBJEKTIF

  1. Memastikan semua pelajar yang layak, berjaya mendapat mendapat tempat untuk menjalani latihan industri yang menjadi syarat LULUS pengajian Diploma PMKL.
  2. Berusaha memastikan hubungan baik di antara PMKL dengan firma/syarikat dapat dikekalkan.

 

LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan LULUS latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPT.

Pelajar akan akan mengikuti Latihan Industri Semester Akhir (LISA) dan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 20 minggu (satu semester) bagi memberi pendedahan kepada pelajar dengan suasana pekerjaan yang sebenar. 

Pelajar adalah layak menjalani latihan industri setelah mereka menduduki lima kali peperiksaan akhir bagi kursus diploma. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri politeknik masing-masing atau membuat permohonan sendiri. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di politeknik. 

 

TAKWIM

1. TAKWIM PELAKSANAAN & PENILAIAN WORK-BASED LEARNING (WBL) DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL (DHM) SESI I : 2023/2024

2. TAKWIM PELAKSANAAN & PENILAIAN WORK-BASED LEARNING (WBL) DIPLOMA PENGURUSAN PERUNCITAN (DRM) SESI I : 2023/2024

3. TAKWIM PELAKSANAAN & PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI (LI) DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT - TEKNOLOGI DIGITAL (DDT - TRACK GAME TECHNOLOGY) SESI I : 2023/2024

 

 

OBJEKTIF

  1. Membina personaliti individu
  2. Berkomunikasi dengan berkesan
  3. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
  4. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
  5. Menghasilkan laporan latihan industri

                                               

DIREKTORI PEGAWAI

Pn. Norazlin binti Zainal Abidin Ketua Unit Perhubungan Dan Latihan Industri This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ts. Sathya a/p Manoharan AJK LI JTMK This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pn. Hamidah Nur binti Ahmad Hamidi Penyelaras WBL Dilpoma in Retail Management (DRM) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pn. Azura Binti Mohd Salleh AJK WBL Diploma in Retail Management (DRM) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pn. Anis Amira binti Amiluddin Penyelaras WBL Diploma in Hotel Management (DHM) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pn. Halimahtul Sa'adiah binti Ahmad AJK WBL Diploma in Hotel Management (DHM) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI :

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI (UPLI) 

Politeknik METrO Kuala Lumpur,
2-14 Jalan Setiawangsa 10,
Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Telefon : +03-4251 8000
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

DIKEMASKINI PADA 2023-10-13 08:35:00
© 2022 Politeknik METrO Kuala Lumpur. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian laman web ini boleh diterbitkan tanpa kebenaran bertulis kami.