PENGENALAN

Unit Peperiksaan (UPEP) bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berkaitan peperiksaan akhir semester di Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL). Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berhubung peperiksaan akhir di politeknik mengikut peruntukan dan garis panduan seperti yang terkandung di dalam  Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik Kementerian PendidikanTinggi Malaysia (KPT).

Jawatankuasa Peperiksaan PMKL terdiri daripada Pengarah (Pengerusi), Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan (Akademik), Ketua Unit Peperiksaan, Pegawai Peperiksaan (Setiausaha), Ketua-Ketua Program Akademik dan  Sokongan serta pegawai yang dilantik oleh Pengarah.

 

OBJEKTIF

• Menyiapkan kertas peperiksaan satu (1) minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.

• Memproses keputusan peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.

• Menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian satu (1) minggu sebelum majlis konvokesyen

 

AKTIVITI-AKTIVITI UNIT PEPERIKSAAN

• Urusan Penyediaan Kertas Peperiksaan

• Urusan perlaksanaan Peperiksaan Akhir

• Urusan Pemprosesan Keputusan Penilaian

• Urusan Pensijilan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar

• Urusan Penguatkuasaan Peraturan Penilaian

• Urusan Pentadbiran Unit Peperiksaan