DIPLOMA PENGURUSAN OPERASI PERUNCITAN (DRO)

 

Program Diploma Pengurusan Operasi Peruncitan akan memberi peluang kepada pelajar untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan berkaitan bidang peruncitan yang kompetitif. Bidang peruncitan adalah industri yang paling menarik dan giat berkembang serta merupakan sumber pekerjaan utama di
Malaysia.

  

Pelajar akan mengikuti pengajian selama lima (5) semester termasuk menjalani ‘Work-based Learning’. Subjek umum, teras dan disiplin untuk bidang peruncitan meliputi Pengurusan Dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Pengajian Malaysia, Communicative English, Computer Application,
Statistics, Microeconomics, Entrepreneurship, Macroeconomics, Fundamental of Accounting, Principles of Marketing, Principles of Management, Commercial Law, Consumer Behaviour, Fundamental of Retailing, Mathematics for Retailing, Global Retailing.

 

Pelajar juga dikehendaki menjalani Program ‘Work-based Learning’ selama setahun yang merangkumi modul Front and Back Store Operation, Customer Service, Retail Buying, Visual Merchandising, Retail Promotion, Retail Logistics, Retail Project, Human Resource Management, Mall Management and Public Relation and Publicity.

 

Industri peruncitan amat memerlukan tenaga kerja mahir dan kompeten untuk menggalakkan pertumbuhannya. Program ini akan menghasilkan graduan separa professional berkelayakan yang bakal menjadi sebahagian daripada tenaga kerja di sektor peruncitan. Melalui projek serta kajian kes dan masalah, pelajar akan dapat menganalisa situasi peruncitan semasa untuk memahami cabaran dalam industri peruncitan.

 

Malaysian Qualifications Agency (MQA)
MQA/FA 1799

 

Syarat Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
  3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

1

Sijil Politeknik Tahap 3, KKM

 

Sijil Pemasaran

 

Sijil Pemprosesan Data

 

Sijil Pengajian Perniagaan

 

Sijil Penyimpanan Kira

2

Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM

 

Sijil Pengkeranian Akaun

 

Sijil Pengoperasian Perniagaan

 

Sijil Perakaunan

3

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

 

ASSISTANT CHIEF CASHIER (DT-011-3)

 

Operasi Jualan & Pemasaran (FB-018-3:2012)

 

Operasi Jualan (DT-020-3:2011)

 

Operasi Pembelian ( Jualan Borong) (DT-021-3:2012)

 

Operasi Pembungkusan Hasil Produk Pemprosesan Makanan (AF-012-3:2012)

 

Operasi Perdagangan Runcit (DT-014-3:2014)

 

Operasi Perkhidmatan Pengagihan & Penggudangan (IL-012-3:2012)

 

Operasi Peruncitan (Jabatan) (DT-010-3:2014)

 

Penyelia Gudang (Pengedaran Makanan) (Y-080-3)

 

Penyelia Setor (FB-012-3)

 

Perkhidmatan Pengiklanan & Promosi (FB-019-3:2012)

 

Perkhidmatan Sokongan Pentadbiran SME (FB-050-3:2014)

 

Perkhidmatan Sokongan Perhubungan Awam (FB-051-3:2014)

 

SALES SUPERVISOR (DT-010-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar

 

Prospek Kerja

  1. Penolong Pengurus Kedai Runcit
  2. Penyelia Kedai Runcit
  3. Penyelia Jabatan
  4. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
  5. Pengawai Inventori

 

Tempoh Pengajian

2 tahun dan 6 bulan (5 Semester)