Diploma Teknologi Maklumat (DIT)

 

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam bidang pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Computing Foundation,Industry-Led modules and Industry Domain Cluster, yang dikhususkan kepada tugas tertentu.

 

Kluster domain yang ditawarkan di Politeknik METrO Kuala Lumpur adalah Pembangunan Permainan. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh dipindah milik dan dipelbagaikan yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dan menerima pakai teknologi baharu.

 

Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Ko-kurikulum, dan Penyelesaian Masalah Inventif untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam softskill. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.

 

Malaysian Qualifications Agency (MQA)

MQA/FA 9062

 

Syarat Kemasukan

 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Mathematics
    2. DUA (2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, lain – lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

 

 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat kepujian dalam matapelajaran Matematik (bagi lulusan selain Kolej Komuniti) atau mendapat satu kepujian dalam mana-mana matapelajaran dan lulus dalam mata pelajaran Matematik(bagi lulusan Kolej Komuniti)
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, lain – lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  7. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA / Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan
    1. Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
      • Sijil Teknologi Maklumat
    2. Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
      • Certificate in Industrial Internet of Things
      • Sijil Aplikasi Perisian Komputer
      • Sijil Rangkaian Komputer
    3. Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
      • Sijil Teknologi Maklumat
    4. Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
      • Sijil Teknologi Kejuruteraan Komputer
    5. Sijil Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
      • Juruteknik Rangkaian Komputer (D-050-3)

 

Prospek Kerja

Permintaan tenaga kerja ICT dijangka mempunyai pertumbuhan kukuh kebelakangan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Perkembangan pesat dalam ICT telah meningkatkan permintaan graduan IT yang yang memenuhi kehendak dan keperluan industri dalam dan luar negara. Oleh itu, graduan dari program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan yang boleh diaplikasikan untuk pelbagai bidang kerjaya dalam dunia industri ICT dan perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan seperti:

  1. Pembantu Pengaturcara Permainan
  2. Pereka Permainan
  3. Juruanimasi 3D
  4. Pelukis Papancerita
  5. Pelukis Konsep 2D
  6. Pereka 3D
  7. Pembantu Jurutera Audio
  8. Pelukis/Pereka Permainan
  9. Pembangun Permainan
  10. Pengaturcara Aplikasi Komputer
  11. Pengaturcara Internet
  12. Pengaturcara Web

 

Tempoh Pengajian

2 tahun dan 6 bulan (7 Semester)