LAMAN WEB POLITEKNIK METrO KUALA LUMPUR

PERUTUSAN PENGARAH

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Selamat datang dan ucapan terima kasih di atas kesudian anda melayari laman web Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL).

Laman web PMKL bertujuan untuk memperkenalkan Politeknik METrO Kuala Lumpur kepada masyarakat umum  dan menjadi sumber informasi serta platform komunikasi secara maya yang boleh diakses dengan mudah dan cepat.

 

PMKL adalah politeknik ke-28 dan telah ditubuhkan pada tahun 2011.  “METrO” adalah akronim bagi “Maximizing Education and Training Opportunities” (memaksimumkan peluang pendidikan dan latihan).  PMKL menawarkan tiga program iaitu Diploma Pengurusan Peruncitan, Diploma Pengurusan Perhotelan dan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital).  Kesemua program Diploma yang ditawarkan adalah relevan dan responsif dengan keperluan tenaga kerja teknikal dan vokasional negara.

 

Sebagai sebuah institusi TVET (Technical and Vocational Education and Training), PMKL komited melahirkan graduan TVET yang berkualiti seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-2025) bagi mengisi permintaan industri untuk menyumbang kepada pembangunan bidang teknikal dan vokasional serta ekonomi negara.

 

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pasukan pembangunan Laman Web PMKL serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan laman web ini.  Semoga laman web ini menjadi sumber informasi kepada para pengunjung.

 

Selamat melayari laman web kami.

 

Salam Hormat, 

 

TS. ROSEMAN BIN MAT JIDIN@JIDIN

Pengarah PMKL