Forum ‘Kriteria Kecemerlangan Kenaikan Pangkat PPPT’ telah diadakan di Politeknik METrO Kuala Lumpur pada 24 Februari 2023.
 
Forum secara sesi soal jawab ini melibatkan dua orang ahli panel iaitu Dr. Sitiawan bin Hardono selaku Timbalan Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, JPPKK dan Dr. Rasmuna binti Hussain selaku Pengarah Kolej Komuniti Selayang dan telah dikendalikan oleh moderator Pn. Azura binti Mohd dari PMKL.
 
Tujuan Forum diadakan bagi memberi pemahaman yg lebih dekat dan jelas kepada semua warga PPPT seluruh Malaysia berkaitan Kriteria Kecemerlangan (KC) Kenaikan Pangkat Skim Perkhidmatan PPPT.
 
Selain pensyarah PMKL, forum ini juga turut disertai oleh para pensyarah dari Kolej Komuniti Ampang, Kolej Komuniti Selayang dan Kolej Komuniti Hulu Langat.