APLIKASI MAKMUM MUAFIK & MASBUK

Subjek Pengajian Islam merupakan subjek wajib bagi setiap pelajar beragama Islam di Politeknik seluruh Malaysia. Di Politeknik METrO Kuala Lumpur, pelajar akan mengikuti subjek ini pada semester kedua. Pembelajaran dimulakan dengan Topik 1: Islam sebagai al-Din, yang merangkumi antara lain subtopik berkaitan pelaksanaan Rukun Islam dan ibadah solat yang sempurna. Dalam topik ini, pelajar juga dikehendaki melaksanakan amali solat sebagai sebahagian daripada penilaian kursus.

Inovasi makmum muafik dan masbuk ini menfokuskan pemahaman berkenaan dengan cara melaksanakan solat semasa berjemaah. Inovasi ini menggabungkan elemen-elemen multimedia dalam persembahan maklumat yang terdiri daripada teks yang digunakan dalam penyampaian maklumat kepada pengguna, video dalam penyampaian dan praktikal, grafik dalam penyampaian visualisasi kandungan ayat dan interaksi dalam memberikan maklumbalas pengguna dan aplikasi dalam proses navigasi dan proses pembelajaran atau penyampaian maklumat

Adalah diharapkan dengan penggunaan aplikasi ini akan membantu pensyarah dan pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran kursus (Course Learning Objective) bagi topik 1

Sila klik disini