ARAHAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI I: 2026/2027
- Details
- Pentadbir_web
- Hits: 483
MAKLUMAN TERKINI
ARAHAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI I: 2026/2027
PELAJAR SEM 2, 3, 4, 5, 6, 7 & MENGULANG KURSUS/MENANGGUH PENGAJIAN
Sukacitanya, Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan tahniah kepada saudara / saudari kerana meneruskan pengajian semester seterusnya disini.
Sila MUAT TURUN dokumen berkaitan untuk kelancaran proses pendaftaran di portal rasmi, https://pmkl.mypolycc.edu.my. Kegagalan untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:
a.Surat Panggilan Lapor Diri Pelajar Senior Sesi i : 2026/2027
b. Panduan Pendaftaran Pelajar Senior / Jadual Bayaran Yuran /Tatacara Pendaftaran Kursus di SPMP
*********************************************
SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:
· Sila patuhi tarikh lapor diri yang ditetapkan. Kelewatan lapor diri akan menganggu rekod kehadiran kuliah anda.
· Pastikan semua yuran dijelaskan mengikut amaun/akaun yang betul dan mematuhi tempoh masa yang ditetapkan seperti dalam buku panduan
· Sila rujuk Penasihat Akademik jika terdapat masalah/pertanyaan mengenai yuran dan proses pendaftaran
Unit Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan & Data) PMKL
