Majlis Anugerah Pingat Ketua Jabatan (APKJ) bersempena Majlis Konvokesyen PMKL kali ke 8 telah berlangsung di Politeknik METrO Kuala Lumpur. Anugerah ini diberikan kepada graduan yang mencapai tahap prestasi yang cemerlang dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian. Terdapat 113 penerima APKJ dari Jabatan Perdagangan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
 
Tahniah kepada semua penerima anugerah!