MAJLIS KONVOKESYEN PMKL KALI KE 8
Majlis Konvokesyen Politeknik METrO Kuala Lumpur kali ke-8 telah diadakan pada 11 Feburari 2023 di Hotel Tenera, Bangi, Selangor.
 
58 graduan Diploma Pengurusan Hotel, 80 graduan Diploma Pengurusan Peruncitan dan 71 graduan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) telah menerima diploma bagi Sesi I: 2021/2022 dan II: 2021/2022
 
YBhg Encik Fadzly bin Hamzah, Pengurus Besar Hotel Tenera telah berbesar hati untuk
menyampaikan diploma kepada para graduan.
 
Di majlis konvokesyen ini juga, beberapa kategori anugerah kecemerlangan telah disampaikan kepada graduan.
Tahniah kepada semua graduan!