MAKLUMAN TERKINI

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN

MINGGU HALUAN SISWA SESI II : 2023/2024

 

TAHNIAH di atas kejayaan saudara/i yang telah ditawarkan pengajian di Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL). PMKL merupakan salah satu politeknik di Malaysia yang bernaung dibawah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh terkini pendaftaran pelajar baharu PMKL bagi Sesi II : 2023/2024 mengikut program seperti berikut:

 

Program Pengajian Tarikh Pendaftaran Masa Pendaftaran
Diploma Teknologi Maklumat 29 Januari 2024 (Isnin) 9.00 pagi – 11.00 pagi
Diploma Pengurusan Hotel 11.00 pagi – 1.00 tengah hari
Diploma Pengurusan Operasi Peruncitan 2.00 petang – 4.00 petang

 

Maklumat dan Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Il : 2023/2024 yang mengandungi prosedur pendaftaran, amaun dan kaedah bayaran yuran, maklumat pendaftaran terperinci serta cadangan senarai rumah sewa sekitar politeknik akan dimuat naik di portal rasmi Politeknik METrO Kuala Lumpur di https://pmkl.mypolycc.edu.my selewat-lewatnya pada 12 Januari 2024 (Jumaat) pada pukul 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pendaftaran atau penawaran kemasukan program pengajian boleh berhubung dengan Pn. Sharifah Fadiah/Pn. Nurul Hafawati di talian 03-4251 8000/03-4251 4631 atau emelkan pertanyaan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Harap maklum. Terima kasih.

 

Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Pengambilan & Data PMKL