MAKLUMAN TERKINI

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU & MINGGU HALUAN SISWA

 SESI II : 2023/2024

 

Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan TAHNIAH kepada saudara/ saudari kerana telah berjaya dipilih untuk menyambung pengajian di institusi ini. Terima kasih juga diucapkan kerana memilih politeknik sebagai institusi pilihan untuk menyambung pengajian saudara / saudari.

Untuk makluman saudara / saudari, maklumat pendaftaran adalah seperti berikut:

Program

Tarikh Pendaftaran

Masa

Pendaftaran

Taklimat Am (Ibu/Bapa/Penjaga)

Diploma Teknologi Maklumat (DIT)

29 Januari 2024

(Isnin)

9.00 pagi –

11.00 pagi

10.00 pagi –

11.00 pagi

Diploma Pengurusan Hotel (DHM)

11.00 pagi –

1.00 tengah hari

 

12.00 tengah hari – 1.00 tengah hari

 

Diploma Pengurusan Operasi Peruncitan (DRO)

2.00 petang –

4.00 petang

3.00 petang –

4.00 petang

 

Bersama-sama ini dilampirkan dokumen untuk maklumat dan panduan pelajar. Sila MUAT TURUN dokumen berkaitan untuk kelancaran proses pendaftaran pelajar. Kegagalan untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:

a)    Surat Panggilan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II: 2023/2024

b)    Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II: 2023/2024

c)    Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II: 2023/2024

d)     Overview Program Pengajian:

        i.   Diploma Pengurusan Operasi Peruncitan (DRO)

        ii.  Diploma Pengurusan Hotel (DHM)

        iii. Diploma Teknologi Maklumat (DIT)

e)    Senarai Cadangan Rumah Sewa Sekitar PMKL

 

*********************************************************************************************************************************************************************************** 

SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:

 

1.      Menyemak status penerimaan Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) calon yang telah dipos laju ke politeknik di https://ambilan.mypolycc.edu.my

2.       Memuat turun dan melengkapkan Borang Hal Ehwal Pelajar (BHEP 1-6) di https://ambilan.mypolycc.edu.my dan bawa semasa hari pendaftaran

          Nota : Calon pelajar yang telah pos/serah BHEP 1-6 terlebih dahulu, anda tidak perlu lagi berbuat demikian pada hari pendaftaran.

3.       Membuat pembayaran Yuran Pengajian (RM200 sahaja) secara JOMPAY bermula 13 Januari 2024 secara internet/mobile banking. Bayaran Pelbagai dan Bayaran MSP juga dibayar merujuk amaun di jadual bayaran di Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu. Sila patuhi arahan bayaran yang ditetapkan.

4.       Melakukan pra pendaftaran pelajar baharu secara dalam talian (online) di http://spmp.pmkl.edu.my seawal 15 Januari 2024 selepas 2 (dua) hari membuat pembayaran yuran.

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pendaftaran atau penawaran kemasukan program pengajian boleh berhubung dengan Pn. Sharifah Fadiah/Pn. Nurul Hafawati di talian 03-4251 8000/03-4251 4631 atau emelkan pertanyaan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 

Harap maklum. Terima kasih.

 

Unit Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan & Data) PMKL