MAKLUMAN TERKINI

ARAHAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI I: 2024/2025

PELAJAR SEM 2, 3, 4, 5, 6, 7 & MENGULANG KURSUS/MENANGGUH PENGAJIAN

Sukacitanya, Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan tahniah kepada saudara / saudari kerana meneruskan pengajian semester seterusnya disini.

 

Sila MUAT TURUN dokumen berkaitan untuk kelancaran proses pendaftaran. Kegagalan untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:

  1. Surat Panggilan Lapor Diri Pelajar Senior Sesi I: 2024/2025
  2. Panduan Pendaftaran Pelajar Senior / Jadual Bayaran Yuran (iPAYMENT)/Tatacara Pendaftaran Online dan Pendaftaran Kursus di SPMP. 
  3. Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Senior Sesi I: 2024/2025

 

***************************************************************

SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:

  • MEMBUAT PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN/ONLINE di http://spmp.pmkl.edu.my (link) mulai 15 Julai 2024. Pendaftaran secara online boleh dibuat selepas 2 (dua) hari membuat pembayaran yuran.

 

  • Pembayaran yuran pengajian secara (iPAYMENT) sebanyak RM200, Bayaran Pelbagai (Maybank – Akaun Koperasi PoliMETrO KL) sebanyak RM 35 untuk pelindungan insurans dan Bayaran MSP sebanyak RM30 bagi semester berkaitan sahaja. Sila rujuk Jadual 1 & 2 di dalam Panduan Pendaftaran Senior atau dapatkan pengesahan dari Penasihat Akademik masing-masing sebelum membuat pembayaran. Kesilapan pembayaran adalah tanggungjawab pelajar sendiri dan boleh mengganggu kelancaran proses pendaftaran online.

 

  • Pembayaran yuran boleh dibuat seawal 13 Julai 2024. Sila patuhi tarikh lapor diri yang ditetapkan. Kelewatan lapor diri akan menganggu rekod kehadiran kuliah anda.

 

Unit Hal Ehwal Pelajar (P&D) PMKL