ARAHAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR
- Details
- Pentadbir_web
- Hits: 32
MAKLUMAN TERKINI
ARAHAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI II: 2024/2025
PELAJAR SEM 2, 3, 4, 5, 6, 7 & MENGULANG KURSUS/MENANGGUH PENGAJIAN
Sukacitanya, Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan tahniah kepada saudara / saudari kerana meneruskan pengajian semester seterusnya disini.
Sila MUAT TURUN dokumen berkaitan untuk kelancaran proses pendaftaran di portal rasmi, https://pmkl.mypolycc.edu.my. Kegagalan untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:
- Surat Panggilan Lapor Diri Pelajar Senior Sesi II: 2024/2025
- Panduan Pendaftaran Pelajar Senior / Jadual Bayaran Yuran (iPayment)/Tatacara Pendaftaran Online dan Pendaftaran Kursus di SPMP
- Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Senior Sesi II: 2024/2025
***************************************************************
SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:
- MEMBUAT PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN/ONLINE di http://spmp.pmkl.edu.my (link) mulai 4 Januari 2025. Pendaftaran secara online boleh dibuat selepas 2 (dua) hari membuat pembayaran yuran.
- Pembayaran yuran secara (JomPAY) sebanyak RM200, Bayaran Pelbagai (Maybank – Akaun Koperasi PoliMETrO KL) sebanyak RM 35 untuk pelindungan insurans serta Bayaran MSP sebanyak RM15 bagi semester berkaitan sahaja. Sila rujuk Jadual 1 & 2 di dalam Panduan Pendaftaran Senior atau dapatkan pengesahan dari Penasihat Akademik masing-masing sebelum membuat pembayaran. Kesilapan pembayaran adalah tanggungjawab pelajar sendiri dan boleh mengganggu kelancaran proses pendaftaran online.
- Pembayaran yuran boleh dibuat seawal 2 Januari 2025. Sila patuhi tarikh lapor diri yang ditetapkan. Kelewatan lapor diri akan menganggu rekod kehadiran kuliah anda.
Unit Hal Ehwal Pelajar (P&D) PMKL