MAKLUMAN TERKINI

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

SESI II : 2024/2025 (TAWARAN SUSULAN)

 

Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan TAHNIAH kepada saudara/ saudari kerana telah berjaya dipilih untuk menyambung pengajian di institusi ini. Terima kasih juga diucapkan kerana memilih politeknik sebagai institusi pilihan untuk menyambung pengajian saudara / saudari.

Untuk makluman saudara / saudari, maklumat pendaftaran adalah seperti berikut:

Program

Tarikh Pendaftaran

Masa / Tempat

Pendaftaran

 Diploma Pengurusan Hotel  (DHM)

15 Januari 2025

(Rabu)

10.00 pagi –

12.00 tengah hari

(Perpustakaan PMKL)

 

Diploma Teknologi Maklumat (DIT)

 Diploma in Retail Operations Management (DRO)

 

Bersama-sama ini dilampirkan dokumen untuk maklumat dan panduan pelajar. Sila MUAT TURUN dokumen berkaitan untuk kelancaran proses pendaftaran pelajar. Kegagalan untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:

  1. Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi lI: 2024/2025
  2. Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II: 2024/2025
  3. Overview Program Pengajian: 

      4. Senarai Cadangan Rumah Sewa Sekitar PMKL

 

 *****************************************************************************************

  

SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:

  1. Menyemak status penerimaan Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) calon yang telah dipos laju/emel ke politeknik di https://ambilan.mypolycc.edu.my

 

  1. Memuat turun dan melengkapkan Borang Hal Ehwal Pelajar (BHEP 1-6) di https://ambilan.mypolycc.edu.my dan bawa semasa hari pendaftaran

 

         Nota : Calon pelajar yang telah pos/serah BHEP 1-6 terlebih dahulu, anda tidak perlu lagi berbuat demikian pada hari pendaftaran.

 

  1. Membuat pembayaran Yuran Pengajian (RM200) melalui kaedah jomPAY bermula 10 Januari 2025. Bayaran Pelbagai dan Bayaran MSP juga dibayar merujuk amaun di jadual bayaran di Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu. Sila patuhi arahan bayaran yang ditetapkan.

 

  1. Melakukan pra pendaftaran pelajar baharu secara dalam talian (online) di http://spmp.pmkl.edu.my seawal 12 Januari 2025 selepas 2 (dua) hari membuat pembayaran yuran.

 

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pendaftaran atau penawaran kemasukan program pengajian boleh berhubung dengan Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 03-4251 8000/03-4251 4631 atau emelkan pertanyaan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Harap maklum. Terima kasih.

 

Unit Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan & Data) PMKL