PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I:2025/2026
- Details
- Pentadbir_web
- Hits: 386
MAKLUMAN TERKINI
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I : 2025/2026
Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan TAHNIAH kepada saudara/ saudari kerana telah berjaya dipilih untuk menyambung pengajian di institusi ini. Terima kasih juga diucapkan kerana memilih politeknik sebagai institusi pilihan untuk menyambung pengajian saudara / saudari.
Untuk makluman saudara / saudari, maklumat pendaftaran adalah seperti berikut :
Program |
Tarikh Pendaftaran |
Masa Pendaftaran |
Taklimat Am (Ibu/Bapa/Penjaga) |
Diploma Teknologi Maklumat (DIT) |
28 Julai 2025 (Isnin) |
9.00 pagi – 11.00 pagi |
10.00 pagi – 11.00 pagi |
Diploma Pengurusan Hotel (DHM) |
11.00 pagi – 1.00 tengah hari |
12.00 tengah hari – 1.00 tengah hari |
|
Diploma in Retail Operations Management (DRO) |
2.00 petang – 4.00 petang |
3.00 petang – 4.00 petang |
Bersama-sama ini dilampirkan dokumen untuk maklumat dan panduan pelajar. Sila MUAT TURUN dokumen berkaitan untuk kelancaran proses pendaftaran pelajar. Kegagalan untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:
- Surat Panggilan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi l: 2025/2026
- Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I: 2025/2026
- Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I: 2025/2026
- Overview Program Pengajian:
5. Senarai Cadangan Rumah Sewa Sekitar PMKL
************************************************************************************************************
SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:
- Menyemak status penerimaan Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) calon yang telah dipos laju ke politeknik di https://ambilan.mypolycc.edu.my
- Memuat turun dan melengkapkan Borang Hal Ehwal Pelajar (BHEP 1-6) di https://ambilan.mypolycc.edu.my dan bawa semasa hari pendaftaran
Nota : Calon pelajar yang telah pos/serah BHEP 1-6 terlebih dahulu, anda tidak perlu lagi berbuat demikian pada hari pendaftaran.
- Membuat pembayaran Yuran Pengajian (RM200) melalui kaedah iPAYMENT bermula 1 Julai 2025. Bayaran Pelbagai dan Bayaran MSP juga dibayar merujuk amaun di jadual bayaran di Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu. Sila patuhi arahan bayaran yang ditetapkan.
- Melakukan pra pendaftaran pelajar baharu secara dalam talian (online) di http://spmp.pmkl.edu.my seawal 4 Julai 2025 selepas 2 (dua) hari membuat pembayaran yuran.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pendaftaran atau penawaran kemasukan program pengajian boleh berhubung dengan Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 03-4251 8000/03-4251 4631 atau emelkan pertanyaan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Harap maklum. Terima kasih.
Unit Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan & Data) PMKL